Saturday, October 3, 2009

announce

quit blogging.
lols. yeah.
for awhile or maybe forever =.=

salam.

Sunday, August 30, 2009

dilema tini teja



uwa
tini cam ta sangke akan
menerangkan sejarah dan lagenda

Hang Tuah, Perkampungan Melayu & Muzium Istana Melaka.
Most of the histories,
yang rata rata nya adalah sejarah peradaban melayu

zaman dahulu.

mula mula

cik eti suh tini kai costume Hang Li po.
tapi bile g kedai costume

stlh mngeFIT kan masing2 nye costume..
last2 tini memakai baju tradisional melayu.
ta kesa pon. :)

tp dlm benak pikiran ini..
yg dipikirkan..
"susah nye nak tukar diri .. menjadi bukan diri yg sebenar
..
melakonkan sesuatu yg lemah lembut. uiyo. gelimat au".
ape tak nye. tini ni kasar org nye.

lau ckp kite da ckp lembut pon
org ttp pikir kite ni ckp marah2. huu =.=




perigi hang tuah.
Hang tuah dikatakan menggali sendiri perigi ini
untuk kegunaan diri nya dan juga keluarga nya.
ada metos yg mengatakan,
sesiapa yg melihat buaya berwarna putih,
maka dia akan mendapat tuah (nasib baik) dlm hidupnya.
sejauh manakah kebenarannya, kita serahkan pada Allah.





struktur rumah ini diterapkan dari
Rumah Melayu Lama Melaka.
Rumah ini Kepunyaan sepenuh nya oleh
Puan Patimah Mat. Kalau nak tgk lebih dekat,

Jom la ke Melaka !!



Pengambaraan di Muzium Istana Melaka.
bagi mereka yg benar2 mencintai sejarah sejarah

lama khusunya sejarah Melayu Melaka,
ini lah tempat yg sesuai untuk kamu lawati.

terletak berhampiran dengan Afamosa; St. Paul
cuma berjalan tidak smp 5 minit. :)





tini bersama pengawal istana.
:)





haa. yg ini pulak. kalau kamu semua nak tahu..
kami masing-masing ada watak masing masing.
dari kiri:
cik ezi memegang watak baba nyonya.
tinie memegang watak teja @ (gadis melayu melaka)
cik aweeda memegang watak gadis portugis
cik eti memegang watak puteri Hang Li Po

Ini lah Skuad S4S !

heee.




Teja Leb Tuah,
Tinie Kamal


taming sari

yeahh
marathon blogging tuday

ni nak stoli moli.
2-3 hari ni penat skit
shooting.
bukan shooting menembak ye.
tapi shooting video. yola tuh. haha

se-group ngan wida, zeti n ezi.
so kami cadang nak wat pasal
jelajah malaysia . destinasi pilihan kali ni adlh melaka.

tadi mereka nak alek.
ezi teringin nak naek taming sari.
dan sebenarnya (bukan yuna ye)
tini pon ta pnah naek menatang tuh.
so i took the chance ^.^



Harge tiket: rm10 (tunjuk mykad anda) per person





ruang menunggu ade tmpt duduk. so jgn risau.
duduk dlu menikmati panorama.





dari kiri hentak kaki:
wida-ezi-eti-tinie


result:
boleh tahan la puas ati.
boleh la dari takde .haha.
bile berada di atas , anda akan berpusing dlm 3 kali kot.
lau ta silap la.


haa.
tini harap hajat ezi tercapai :)
untuk wida, ezi dan zeti
patik harap kalian
happy dan berpuas ati
dengan ekspidisi kite kali ini.
segala kekurangan dtg dari hamba.
baek la. beta undur diri dlu.
kerna Tuah suda memanggil hambe.
sekian.

xoxo,
Tinie Kamal

mari membaca


yeahh
salam hormat semua
kite sambung dan byk kan lagi entry
sementara masih bisa menaip ini. eheh

bulan-bulan puasa mcm ni
ramai cam tatau wat ape kan kan.
ade yg rase lau leh nak duduk je
melayan perasaan penat.

tp ape kata..
kite tanamkan minat membaca.
wah. membaca??
iye. MEMBACA. bagus2.

this time. gambau baek punye.
tini tgh duduk layan cerita kat astro
anak buah tini ni asek nak melekat ngan tini je.
dia ikot je mane tini pegi.
tengah layan cite kat HBO,
tetibe si kecik ni duk sebok bawak kluar buku
angkut dari rak buku.
nak tau dia wape?
haa tgk la pic kat bawah ni:



dia pegi amek buku2..
patu dia susun baek punya cam tikar mengkuang
sebagai alas dia berbaring
sambil MEMBACA
*Yang padahal dia bukan reti bace pon*
eheh

jadi kawan-kawan,
org kate melentur buluh biar dr rebung.
belom terlambt untuk menjadikan
rakyat malaysia
rakyat yg gemar membaca
pada bile2 mase, di mana saje.
:)

end here.
Tinie Kamal


yang jarang-jarang berlaku

salam semua.
haha
maap lame ta update blog nih.
da perap lame benau .

entry yg nih da lame nak upload
tp tado maso la.

pagi tu tado kolas.
so mmg bgn lmbt skit la.
bangun2 je g kat tgkap,
mmg salu tgk kereta dr tgkp ni.
wat spot check keta.
tgk kat bawah :


*kereta patik 2 dari kiri ye tuan-tuan dan puan-puan*


wa.
ni jarang-jarang berlaku ni.
deretan 5 bijik/buah berwarne merah.
baek punyeee. haha

tu je nak ckp. muahaha.

okela.
asek ckp pasal bende serius2 en.
ni bg halwa mata skit. eheh.

sekian.
Tinie Kamal


Sunday, August 23, 2009

Madar Al-Wathan

Dari Madar Al-Wathan.
"Jangan Bersedih ! kebahagian Pasti Bersamamu".


ia adalah sebuah buku. buku yg mungkin tini perlukan
sebagai teman hidup tini. Juga teman bagi mukmin juga mukminat
yg merasa kesedihan, ketakutan juga segala ancaman.. jangan bersedih !
tidak kira apa jua perkara, usahla bersedih.


selepas berbuka puasa, tak rajin mau naek bilik sendiri yg berada di atas,
tini ambil keputusan menunaikan solat maghrib di bilik kakak (kat bawah),
tini cari al-quran, niat mau bace beberapa mukasurat kalamullah.
sedang tini ambil dan angkat alquran, di bawah nye ade sebuah buku
yg berjudul "Jangan Bersedih ! kebahagian Pasti Bersamamu".
tini tergamam seketika. kebetulan kah atau hidayah Allah yg membri petunjuk NYA?
sblm ini, jika musibah dan ujian melanda, acapkali tini bertanya kepada tuhan..
"mengapa kah ujian ini kau berikan padaku..
kau tahu aku tidak mampu untuk menanggung nya ya tuhanku"..



selepas bace a-quran, tini pun buka dan bace bait-bait amanat yg ada
di dlm buku itu. indah. buku itu diterjemah; mungkin bahse asalnye dari bahse arab.

Tajuk nya yg pertama : SUNGGUH LUAR BIASA ORANG BERIMAN ITU.

saat membaca tajuk nya sahaja, terasa lemah. sendiri bertanye kepada diri.
beriman kah aku? cukupkah? atas iman dan islam atau
sekadar hanya atas nama ?



Mari tini kongsikan bait-bait lafaz riwayat yg ditinggalkan untuk kita.
Hadith riwayat Muslim:

"Sungguh luar biasa keadaan orang yg beriman itu. Semua hidupnya adalah kebaikan
baginya dan ini hanya dimiliki oleh orang yang beriman.
Apa tidaknya, jika memperoleh kesenangan, ia bersyukur dan itu menjadi satu
kebaikan bagi dirinya. Jika ditimpa kesusahan juga musibah, ia bersabar dan itu menjadi
suatu kebaikan baginya".

tiba-tiba tini teringat. saat di sekolah menengah,
tini menangis kerana difitnah oleh teman tini sendiri.
Guru tini datang terus memeluk erat dan berkata
"Fasbeer ya ukhti.. Fasbeer kama sabran jameela.."
maksud dia: Bersabar lah adik ku.. maka bersabar la dengan sebaik-baik kesabaran".



Sambung lagi dari petikan buku..

Jika kamu bersabar di atas kesengsaraan yang menimpamu, Allah pasti meringankan musibah itu darimu, menaikkan darjatmu dan memberimu ganjaran pahala orang-orang yang bersabar.

"Sesungguhnya aku memberi balasan kepada mereka di hari ini,
kerna kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang".

kenapa kamu mesti bersedih wahai orang yang beriman, sedangkan segala sesuatu yang Allah takdirkan kepadamu merupakan suatu kebaikan, ganjaran pahala, kejayaan dan kemenangan.

Firman Allah:
"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mepunyai keberuntungan yang besar". - surah Al-Fussilat; ayat 35.


BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG YANG DILANDA MUSIBAH.

Sesungguhnya dugaan, musibah dan segala perkara yang membuat kita bersedih merupakan ciri kehidupan dunia. Tiada hari yang dilalui tanpa terjadi sesuatu yang meresahkan umat manusia dan menyusahkan hidupnya.

"Seungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. sesiapa yang redho (menghadapi dugaan) tentu dia memperoleh redho ALLAH dan sesiapa yang kecewa juga marah menghadapi dugaan tentu dia dimurkai ALLAH"
-Hadith Riwayat At-Tirmizi, HAdith Hassan).

Jadi.. Kenapa kamu harus risau wahai orang-orang yang beriman,
sedangkan kebaikan pasti datang kepadamu?
Dan kenapa kamu harus bersedih sedangkan ganjaran pahala memang bagimu?

~ indah bukan bait kata-kata ini. insya allah
di masa terdekat.. tini akan kongsikan lagi apa yg terkandung
di dalam buku ini. Teman-teman di luar sana, usah la bersedih.
Semakin kuat ujian yg diduga kepadamu, engatlah bahwa tuhan mahu kamu rasa,
betapa dalam nya cinta DIA kepada mu.

Jazakallah,
Tinie Kamal

Saturday, August 22, 2009

reminding our soul :) May Allah Guide us

BARAKALLAHU A'LAINA


"Melahirkan rasa kaseh dan cinta pada Allah
bukan sahaja dari perbuatan juga tulus dari hati.
Bicara tentang Ramdhan ini..
Tinie tersentuh untuk berkongsi sedikit
lafaz-lafaz riwayat dr nabi juga sabahat2 nya"


1. Abu Hurairah menyatakan

"Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan".

-Hadis oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-



2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-



3. Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu".

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-





Barakallufik,
Tinie Kamal



p/s: moga kita bsama saling tegur menegur di atas kesilapan lalu,
menjadikan teladan atas apa yg berlaku, insya allah
moga dosa-dosa kita bisa terhapus,
di masa depan juga di akhirat kelak terhidunya raudhatullah yg di tunggu.